BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

kehidupan realiti yang penuh fantasi

Assalamualaikum kawan-kawan.......

Saturday, June 4, 2011

Emi bebas ikuti kuliah


gambar dari incik Google...



Selepas seminggu mendirikan mahligai perkahwinan bersama Samihah Sheikh Ali, 25, pelakon dan penyampai radio terkenal, Salih Yaacob, 49, mahu memberi kebebasan kepada isteri keempatnya dalam menentukan masa depan, terutama dalam pelajaran.
Setakat ini Salih mengakui masih tidak tinggal sebumbung dengan Samihah memandangkan isterinya perlu menumpukan pengajian dalam bidang sarjana pengangkutan di sebuah institusi pengajian tinggi awam.


Sebelum rancangan berbulan madu ke China bersama keempat-empat isterinya hari ini, Salih hanya beberapa kali bertemu Samihah yang lebih mesra dipanggil Emi.

“Lagi pun buat masa ini, Emi masih menyewa dengan rakan pengajian (di Selangor). Kami hanya bertemu dua tiga kali selepas berkahwin.


“Saya ada merancang membeli rumah untuk Emi, tapi setakat ini biar Emi fikirkan pelajarannya dulu. Untuk itu, saya beri kebebasan kepada Emi untuk memikirkan apa perlu dilakukannya,” kata Salih ketika ditemui di kediamannya dekat sini, semalam. Selain sibuk menghadiri sesi penggambaran semalam, Salih dan keluarganya dalam persiapan mengemas barang keperluan untuk percutian ke China selama lima hari.



“Percutian ini adalah hadiah yang sungguh bermakna buat saya kepada isteri dan anak. Apa yang saya berikan bukan hanya untuk bergembira semata-mata, tetapi satu ibadat dan tanggungjawab saya kepada isteri,” katanya.

“Perkahwinan (bersama Emi) ini adalah rahmat buat saya, mungkin ada yang melihat daripada sudut lain, tetapi semua ini adalah kuasa Allah yang membuka hati saya untuk meneruskannya sebagai ibadat,” katanya.


Salih dan Emi sah sebagai suami isteri selepas dinikahkan dalam majlis sederhana di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, Johor, Isnin lalu, di depan kira-kira 100 tetamu.




sumber dari myMetro....















0 buDak gEdiK: