BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

kehidupan realiti yang penuh fantasi

Assalamualaikum kawan-kawan.......

Saturday, June 4, 2011

Bayi mati tersedak

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang biasanya dijaga neneknya, dilaporkan maut dipercayai tersedak susu yang dicampur dengan makanan, di sini, kelmarin.
Bayi malang itu mati selepas tiga jam bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejurus dihantar ke sana, kira-kira jam 1.30 tengah hari.


Menurut nenek mangsa, Ramlah Baba, 63, biasanya dia yang menjaga mangsa, Rania Batrisya Zulazmi, namun kerana ada urusan di kampung, cucunya dihantar oleh menantu lelakinya ke rumah pengasuh di Tingkat 6, Pangsapuri Bukit Angkasa, Pantai Dalam, sebelum keluar bekerja.

Bagaimanapun, katanya, beberapa jam selepas itu, pengasuh berkenaan menghubungi ibu mangsa di tempat kerja bagi memaklumkan anaknya dimasukkan ke hospital dan tidak memberitahu lebih lanjut keadaannya.


“Sebelum ini, mak cik yang menjaga dan mengasuh Rania kerana ibunya tidak mahu anaknya dijaga orang lain atau mana-mana pusat jagaan.



“Bagaimanapun, mak cik terpaksa pulang ke kampung di Melaka kerana perlu menjaga suami yang sakit,” katanya.

Katanya, anak sulung pasangan Zulazmi Jamaludin, 41, dan Radiana Rais, 37, itu baru sebulan di bawah jagaan pengasuh yang juga jiran mereka.


Ramlah berkata, sehari sebelum kejadian, cucu keenamnya mengalami muntah teruk dan dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, doktor yang merawatnya ketika itu mengesahkan ia hanya muntah biasa dan dibenarkan pulang.


“Bagaimanapun semalam, ketika mak cik melihat keadaan Rania di ICU semalam (kelmarin), doktor memberitahu keadaannya tenat dan tidak bermaya,” katanya.



Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



“Setakat ini kita menolak sebarang unsur jenayah, namun siasatan mengenai kejadian itu masih dilakukan berdasarkan laporan bedah siasatan diperoleh,” katanya.



Katanya, yang pasti, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 petang di PPUM dan jenazah dibawa ke rumah datuk sebelah bapanya di Ampang sebelum dikebumikan.







**mcm2 jadi bile antar kat pengasuh...diorg jaga sambil lewa je kot...**










0 buDak gEdiK: