BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

kehidupan realiti yang penuh fantasi

Assalamualaikum kawan-kawan.......

Tuesday, December 21, 2010

Mentor 5 (Tarikh dan Tempat Ujibakat)


TUNJUK AJARKU SIFU






Tidak lama lagi program realiti TV3 Mentor musim ke 5 akan berlangsung. Para Mentor untuk musim ini telah pun diketahui. Mereka adalah Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira. 

Kriteria protege dicari adalah berusia antara 18 hingga 25 tahun, boleh menyanyi solo, ada pakej yang memikat mentor serta warganegara. Bagi yang tak dapat hadir di sesi uji bakat, peserta boleh menghantar demo nyanyian di www.tv3.com.my/mentor5.

Tarikh tutup penghantaran sebelum 10 Januari 2011. Sehubungan itu, lokasi uji bakat pertama Mentor 5 bertempat di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah pada 18 dan 19 Disember ini. Diikuti, Merdeka Palace, Kuching, Sarawak pada 1 dan 2 Januari 2011. 

Sesiapa yang ada bakat terpendam menyanyi dan minat Mentor diatas boleh mencuba nasib. Ujibakat bersama Mentor bertempat di Sri Pentas TV3 seperti berikut:

1. Afdlin Shauki - 15 Januari 2011
Kriteria: Mampu berlawak dan serba boleh di atas pentas('versatile')

2. Erra Fazira - 16 Januari
Kriteria: Calon itu perlu sanggup memberi sepenuh komitmen diperlukan

3. Noh (Hujan) - 22 Januari

4. Edry - 23 Januari
Kriteria: Mempunyai pakej sebagai persona bintang dalam genre muzik pop

5. Rahim Maarof - 29 Januari
Kriteria: Serius dan bersungguh-sungguh(genre rock)

6. Sharifah Aini - 30 Januari





Tarikh, Lokasi Ujibakat dan Mentor Yang Terlibat Dalam Sesi Pemilihan
  • 18 & 19 Disember 2010 – Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
  • 1 & 2 Januari 2011 – Merdeka Palace, Kuching, Sarawak
  • 15 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Afdlin Shauki)
  • 16 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Erra Fazira)
  • 22 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Noh Hujan)
  • 23 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Edry Abdul Halim)
  • 29 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Rahim Maarof)
  • 30 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Datuk Sharifah Aini)
Kriteria Protege Mentor Musim 5

  • Berusia 18 hingga 25 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki bakat, vokal mantap dan pakej
  • Berjaya menambat hati Mentor yang menjadi pilihan mereka
  • Menyanyi secara solo
  • Tidak terikat dengan mana-mana kontrak
  • Boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap program Mentor.



...................................................................

0 buDak gEdiK: